23 nov 2010
masa pertama kali saya 'jumpa' angel 1,
saya tak sangka dia yang saya carry 9 bulan berat sungguh setiap 15minit nak terkencing,
tapi bila keluar kiut miut saje 2.58 kg.
sangat2 putih, matanya sepet,kulitnya merah sgt2,
sangat comel dimata saya.
dalam sakit c-section pun saya teringin nak peluk cium angel 1 saya yang menggigil2 lepas 'keluar ikut tingkap', cuma gynae saya tak nak layan sebab mungkin dia rasa saya tak fit untuk peluk baby.
saya sebenarnya menggigil separuh mati,
saya tak pernah ucapkan pada sesiapa, tapi perasaan saya masa tu sangat2 takut.
saya tak pernah masuk hospital, apatah lagi masuk ubat atau air dalam badan,apatah lagi doktor kerat perut saya lak tu.sungguh trauma!
amat payah untuk saya ingatkan siapa didepan saya,tapi saya boleh rasa satu 'warm feeling',saya tak perlu takut dengan mereka2 yang senyum dan bertanya.
itu family dan cintahati saya rupanya,penangan half body epidural rupanya berlainan setiap individu.
saya ingat tak ingat mereka itu siapa.tapi saya tahu mereka2 itu saya kenal dan saya 'percaya'
seram kan?
tapi saya okey selepas 2 jam macamtu.
tapi angel 1 saya baik sangat tunggu saya recover satu malam (walaupun saya rasa saya dengar dia asyik menangis kat nursery mungkin rindukan saya, atau mahukan booby haknya).
saya balik selepas hari ke3,
punya saya excited nak balik rumah cuddle2 dengan angel 1
saya keluar dari columbia asia dengan hidung kembang setaman.
i am a proud momma!
*
*
*
rupanya angel 1 suka menangis,
pagi petang siang malam menangis aje tahunya,
dalam sehari, 5 jam dia tidur,lebihan 19 jam dia menangis.
saya yang memula proud, jadi huru hara sangat
dengan sakit operation lagi
dengan dengar dia menangis lagi,
sib baik mum saya sangat2 helpful semua segi
dia tak mahu saya menangis, walaupun saya tahu dia pun kadang2 nangis tengok kenapa la cucu dia suka menangis kot.
saya tatau kenapa dia menangis, kembung perut ke,sejuk ke,lapar ke (mitos sebab saya fully breastfeed),pening ke,habuk ke,sakit dalaman ke,
segala segi saya dan family cuba mencari punca.
saya dengan tak berapa nak normal sebab tensen hari2 telefon cintahati mengadu, menangis,bergaduh dengan emosi sendiri.
angel 1 sangat comel, cute, tapi kadang2 saya rasa hilang sabar.
sampai satu hari,puas mencari uztaz/orang yg pandai mengubat,
saya bertemu dengan uztaz ishak di kajang saujana impian,semuanya ketentuan Allah,memberikan peluang untuk saya melalui pakcik di kajang.
beliau orang kelima saya berubat.
beliau orang kelima saya berubat.
umur 4 bulan genap angel 1 tidak lagi menangis, saya pun sama le.
hari bertambah ceria, semuanya ok sudah.
nampak pelangi dalam hati.
nanti sambung lagi.
No comments:
Post a Comment