Friday, May 21, 2010

berdehem , dipusing-pusingkan

kita kalu nak kencing, tak dan dan dah kalu nampak toilet (ni bila kes di luar rumah).
pastu tak dan dan pula nak basuh cepat and get out asap.(toilet tak selesa maybe or jeans ketat?)
tak boleh macam tu bai, banyak hal nanti dalam kubur.

jap lagi nak cerita skit,
amalan membasuh kencing dengan betul. jangan le rasa funny or dirty, tetapi harus kita jadikan sebagai panduan hidup sebab nama kita pun umat islam di muka bumi ni kan?
setengah orang rasa dirinya cukup bagus dengan banyak
amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas
dari azab api neraka.
Syaidina Abu Bakar pernah hendak
menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan
suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu
disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala
jenazah tersebut.
Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu
menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat
berkata-kata,
Katanya " Apakah salah ku ke ana aku telah diutus oleh
Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. "
Diselidiki
amalan sipolan itu semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang
mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang
air kecil.

that's why...............................

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil (yang pastinya bukan kencing berdiri), disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar
kesemuanya. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa
kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan
dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan
dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya
menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia
tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang
berbibir-bibir itu.


Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
Sektor Kebahagiaan Rumahtangga

No comments: