Wednesday, January 19, 2011

CUTI LAMA SIKIT KOT






ohh, atas bukan angels saya,itu angel google ;p


(hati,jiwa,badan) saya ni kalu boleh dikerat, nak belah dua,
satu tinggal di puchong buat teman parent saya,
satu lagi dengan cintahati..

saya tengah packing2 nak balik island,
semalam cintahati saya dah datang nak ambil kami,
sedihnya hati saya tak reti nak describe
tinggallah parent dan adik saya.
ma ayah adik jaga diri baik2 k,
insyaallah kami pulang lama-lamaaaaa lagi  :(
terima kasih atas SEGALA-GALANYA
jom la ikut blik penang heheheehehe.

as for the blog,
i maybe do not have time to spent leisurely in front of internet anymore,
with 2 kids on my care, house to be spring clean and whatnot and what to ,
and we are shortly moving to new quaters SOON.
(damn tiring huhu)
and BAKAT opening SOON,
hum....i really do hope i am not as busy as last year (peluh tak kering tabur jasa demi karier suami,ffppuhhh)

to all yang singgah rumah saya, yang susahpayah spent some time for me,(walaupun anak buat perangai u all still cool!!!!!)
thank you, and see u when i see u.
take care.
semoga Allah memberkati kehidupan seharian kita,mengampuni dosa2 lalu, dan menerima amalan/ taubat,AMIN AMIN YA RABBAL ALA MIN.

Thursday, January 13, 2011

something to remember by




 *picture taken on somewhere mid 2009-at 1y6m*


cari parking di tesco (hari minggu)
ibu : itu ayah, masuk parking dekat entrance
tokki : susah la,ruang kecik
aydan : sikit-sikit susah, sikit-sikit susah.

depan pintu toilet
auny : tok, tok,tokkkkkk....
aydan : bu, bu....dia tu sikit-sikit panggil tok, sikit-sikit panggil tok.

depan tv tengok ultraman
aydan : bu..mana ibu ye?
ibu : ibu dia takde, masak..

scene lain pulak
aydan : bu, pesal ibu ye nangis?ayah ye mana?
ibu : hoh.....! (family oriented?)

kedengaran lori paper lama lalu depan rumah
aydan : bu,tengok tu ye, paper lama..ada orang tu,ye berenti, ye paper lama,pastu ye pi ofis.
(maksud dia lori paper lama lalu, ada org jual barang,lepas tu orang tu beredar,tapi kenapa dia pi ofis itu compius)

berlari mendapatkan ibu
aydan : bu,bu, askar ni nak kencing lagi, tadi tak leh kencing sekarang boleh dah.


dannnnnn..........ini adalah hari ke LAPAN aydan being diaperless (started on 7th jan 2011),
eksiden 6 kali,tapi ini tok dia banyak tolong.muafakat membawa berkat (pada poket)
*pic taken on 2.2.10-at 2y2m*
kan tok kan?kan kan?
tujuan saya buat entry ni bukan sebab yang lain, melainkan untuk mengingati bahasa,pemahaman dan keletah aydan di umur 3 tahun.

Monday, January 10, 2011

Happy Birthday Ma! * 10.01.11*


virus

while i am busy doing my stuffs on the internet, suddenly, 

"your system might crash, press cancel to avoid"

DAMN!! my lappie is being attacked by virus, 9 all together!
double D :(

p/s : might be MIA for few days la kot.

sadis! sedih! dah tatau nak buat apa.


Sunday, January 9, 2011

cerita pendek kekasih lama

janji nak cerita panjang psl jumpa kekasih lama.
saya ada 4 orang, tapi yang free cuma 2 orang. (seorang lagi businesswoman).
la, mesti la perempuan ;p

kekasih pertama namanya sharifah muharra diba al-jamalulail, dia best sebab dia paham saya,saya paham dia.
kekasih kedua namanya intan zulaikha ismail, dia best sebab dia paham saya.saya paham dia.
kekasih ketiga yang tak datang ,syakira aina wan bukhari, dia best sebab dia paham saya,saya paham dia.
kekasih keempat tak masuk korum sebab dia korum uitm (ini bab lain). tapi saya rasa kami tak beberapa paham each other, yes we are both complicated when we have each other (tak paham skip the subject nanti pening haha)

kenapa saya bagi alasan sama? sebab memang itu the truth, 19 years of friendship and still counting.
senang cerita, we understood and complete each puzzle.

hari jumaat 7th kami jumpa di kokopelli,pj.
best, sebab lama tak jumpa.
walaupun tersekat2 borak, tapi still best.
but i think we have to meet another time with playground beside lah.hehehehe.
sapa ada anak kecik sure tahu why.

nevertheless, i would like to say THANK YOU FOR SPENDING YOUR PRECIOUS TIME WITH HUMBLE ME. THANK YOU.....

Growing pains
Broken chains
A sad melody

Falling tears
Listening ears
A friend just for me

Reaching out
Sharing doubt
When life gets me down

Hands to clutch
Gentle touch
Can turn me around

Spoken words
Softly heard
Cognitivity

Holding tight
Loving light
Calm serenity!



(no pics cos we are not up to the mood)
(kena set timing lain kalau nak cerita panjang-panjang-panjang)

Friday, January 7, 2011

kekasih lama yang amat saya rindu


 *telur googled*

saya tengah bersiap, jap lagi nak keluar.
saya ada date dengan kekasih lama, excitednya saya mcm budak sekolah tingkatan 2 (ehh gatal!)
nanti saya cerita panjang ok manishatisyaza...tungguuuuuuuuuuuu ;p

berdosakah shopping dihari jumaat?(hari ini 7th jan,jumaat)

* taken from email,tq theme

Dosa Jual Beli Hari Jumaat
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman (klik sini)
 
 
Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.
Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9' dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. 
Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.
Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa

PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT
Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. 
Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.
Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.
Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.
 
Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. 

AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?
Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. 
Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).
Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.[2]
Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-
المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم
Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)
Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.
Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :
اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني
Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)
BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?
Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?
Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.
Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :
1 : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.
2 : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.
Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.  
Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.
 
KESIMPULAN
Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram pada seorang lelaki  hanya apabila:
a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.
c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. 
Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.
 
 
Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.
Sekian,
26 Oktober 2009 


p/s : ayah2 dan atok2 semua harus mengetahui semua ini, sebarkan. tq from manishatisyaza.

Thursday, January 6, 2011

Assalamualaikum 2011

hellu deary2 yang cantik manis hensem,apa khabar anak2 dan keluarga terchinta?
saya ok, semuanya ok, tapi dah 6 hari masuk 2011,
best tak?
pada saya biasa2 saja, selain dari kehidupan yang biasa2, saya pun biasa2 aje la heh.
ada satu hari tu je memang rasa tak best, well maybe because cintahati saya tiada bersama.
tapi saya bersyukur walaupun dia jauh dari saya,tapi saya dekat dengan keluarga saya sendiri.
hati memang rindu, tapi kena la paham bahawasanya (ayat tak buleh blah) kami tergolong dalam kelompok 'necessary sarifice'.
ok, cerita laki bini tak yah cerita banyak2, tak bagus untuk kesihatan blog :p

hari ini sebenarnya angel 1 berumur 3 tahun satu bulan,
banyaknya perangai dia sampai saya kadang2 nak menjerit time out!
dia punya eksyen dengan saya memang tak boleh blah punye.
sebab apa saya kata eksyen, sebab tok dia always and always on his side
  apa boleh buat bersabar sajalah, tak baik marah2 anak nanti cepat tua sapa susah hehe.
lagipun dia tak cukup kasih sayang,
yela ayahnya kan tak ada sini (iyela tu, tunggu hang blik island tgk mcmana hang eksyen sama ibu)
tetap saya sayang dan rindu perangainya, marah2 pun dlm 30minit pastu surut arr bile dia sengih sengih panggil ibu..ibu...

angel 2 macam biasa membesar dengan jayanya (eh...comelnya),
selera selalu ada tak kira baru bangun tidur beberapa saat yanglalu boleh telan biskut.
bila dapat seorang anak yang tak mahu makan, dan seorang yang terlalu sukakan makan saya memang biarkan saja angel 2 nak makan apa,
sebab seksa tengok anak yangtak mahu makan (angel 1)...
dan banyak vocab yang angel 2 sudah mastered, but the girl still refusing to call me ibu.sigh!
(itu turun temurun dari anak pertama, angels2 saya ayat pertama keluar mulut adalah TOK!)
betapa speselnya tempat TOK dihati mereka.

saya pulak, hehe, malu betul nak story,
dalam proses nak kasik cun skit,tapi sebab sekarang saya bukan di island, jadi kena tangguh dulu.
adalah sangat merugikan berdiet bila mak kita masak sikit punye sedap, ish ish ish.
hehehe, saya tengah senyum sendiri ni, nak diet tapi ragu2 sebab nanti kalu dah balik island rindu rinduan masakan mak sapa susah....saya jugak susah muhahahahaha.

permulaan 2011 adalah alhamdulillah, dan perjalanannya mudah-mudahan baik2 belaka.
insyaallah.



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you’ll find your way
Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
 
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insya Allah we’ll find the way