Saturday, May 8, 2010

surat untuk tok - part 10

sekarang,pas mandi pagi kena baca buku ibu kata,
seminit pun takpe, janji baca.
sebab ibu kata tengok tok,
tok suka membaca,
tak kisah baca apa, walaupun yg tok suka gossip artis muhahahaha!
jgn maraaa arr tok, sapa yg tak suka pun..



ni buku2 parit raja dulu.
ibu tak beli dah sebab ada banyak,
cukup le buat dan timba ilmu.



ini buku ABC,
tp dan still learning ;)



ini 123, dan boleh ingat sampai ten,
tp jgn suruh2, dan tak suka tau!



upahnya, dapat mkn ice cream balik teman ibu pi giant.
lupa nk bwk recycle bag, sib baik org giant offer kotak.
selamat ibu!

itu la,tok lain kali jgn lupa bwk recycle bag ikea k kalupi beli barang?
besar, senang tok nk sumbat brg.

Thursday, May 6, 2010

tazkirah khamis : jangan makan pastu minum, dengan setan ok?

benda simple kadang2 kite lupa,
nk plak mkn western,
org sebelah jeling aje kalu mkn belah kanan.
apahal????


Imam Ahmad meriwayatkan melalui hadis Ismail ibn Abu Hakim daripada Urwah daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda,

"Barangsiapa yang makan menggunakan tangan kiri, sesungguhnya dia makan bersama syaitan. Barangsiapa minum dengan menggunakan tangan kiri, sesungguhnya dia juga minum bersama syaitan."
(HR. Imam Ahmad)


Imam Ahmad berkata bahawa Muhammad ibn Jaafar telah menceritakan kepada kami, Shu'bah relah memberitahu kepada kami daripada Abu Ziyad al-Tahan yang mendengar Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa beliau telah mendengar daripada Nabi SAW bahawa,
"Baginda telah melihat seorang lelaki yang minum sambil berdiri. Lalu baginda menegur lelaki itu dengan bersabda, "Awas!" "Kenapa?", tanya lelaki itu dengan nada terkejut.

Nabi SAW menjawab, "Adakah engkau suka jika engkau minum dengan seekor kucing betina?" "Tidak," jawabnya.
Sambung Nabi SAW lagi, "Sesungguhnya ketika kamu minum tadi, ada makhluk yang lebih buruk daripada kucing telah minum bersama kamu iaitu syaitan."
(HR. Imam Ahmad)


Imam Ahmad juga telah meriwayatkan bahawa 'Abd al-Razzaq telah menceritakan kepada kami, Ma'mar telah menceritakan kepada kami daripada al-Zuhriy daripada seorang sahabat daripada Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Jika seseorang yang minum sambil berdiri, tahu apa yang ada di dalam perutnya nescaya dia akan muntah kembali."
(HR. Imam Ahmad)

Imam Ahmad berkata bahawa Musa telah menceritakan kepada kami, Ibn Lahiah telah menceritakan kepada kami daripada Ibn Zubayr bahawa beliau telah bertanya kepada Jabir, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya sendiri, lalu dia menyebut nama Allah SWT ketika dia masuk dan ketika dia makan,
syaitan akan berkata (kepada kaumnya), "Kamu tidak dapat tinggal dan makan disini." Apabila lelaki itu masuk ke rumahnya tanpa membaca nama Allah SWT, syaitan akan berkata (kepada kaumnya),
"Kamu dapat tinggal dan makan di sini."
Jabir berkata, Ya! Benar katamu itu."
(HR. Imam Ahmad)

Tuesday, May 4, 2010

surat untuk tok - part 9

selalunya kat umah tok, dan suka tengok tok masak.
sambil2 tu amik senduk tok yang beso2 panjang tu ketuk kusi ke, ketuk meja ke,
ketuk tok ke hehehehe.
kali ni dan nak 'tolong' ibu masak sama kemas dapur.
jommmmmmmmmmmmmmmmmmmm,jemput tgk dapo kerajaan malaysia tok hehe.




mcm2 ada tok, segala tupperware, segala bekas,
sampai ayah kata boleh bukak booth kat amcorp arr.




hehe, mesti tok terbayang2 dan teman tok masak.



rindu dan ek...cenyum tok, cenyum..



hai tok! adik nak bagtitau adik leh tolak stroller dari bilik sampai dapur tok.
kadang2 adik ikut bontot ibu je, tau2 sampai dapur.



tu tgk, tu cat.
balance ayah cat umah,
ibu kata dia nak tengok berapa tahun benda tu dok situ,



lapa la tok, ibu ni lambat sgt masak.
masak nasi goreng aje,
tapi bersilat mcm nak wat kenduri.



kalu tok nampak sepah2 tu, abaikan.
ibu baru bukak kotak brg dapur,
tu yg basuh2 dah kat belakang tu,
elehhh tau takut ibu tu kena smash dgn tok,
kalu tak mulut tu bising aje sepah2 sana la,situ la...hehe



dah, dah, ibu halau dok depan,
sebab dan pomenkan oven ibu tu abihh rengggg!
jom joget lagu lady gaga tok??
oooooooo..ooo...ooo....
lala la..ulalala..



ini hall depan,depan tv.
besar sgt tok.
tp lapang tak byk barang.
yg pintu biru belah kanan tu mcm sliding,
bilik playground tp dan kn kakut2 nk main situ.
kalu tok perasan,rumah ni color biru banyak sgt.
askar ni suka color kelam tok.
ingat nk cat lg ada cat lebih,
tapi cane ibu nk wat,
dan sama adik sama wat perangai.
adik nangis, dan pun confirm nanges.
tu yg kalau tok dtg, leh ibu tu nyecat iihhihiihhiiihihihi.



readyyyyyyy?
selalunya tok / tokki teman dan main, ni ibu sama adik sajek.







adik pun nk borak sama tok,
adik batuk pulak la tok.
sini panas, minum ayaq masak pun boleh batuk.
adik mkn madu dah, tapi batuk dtg blik.
tok kalu batuk pun jgn lupamkn madu tau!
bukak bilik ibu tu ada sebotoi ats dressing table.

baiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tok!


oppsss, sebelum tu ibu nk tunjuk bukti dia masak,
sebab nti tok tak percaya.

nah!!! teruk ibu tu kan? ada ke tunjuk periuk?..............




adik dh tak sabar nk mkn tok...
rasa2 semangkuk cukup x?heh!

Sunday, May 2, 2010

kau tak rasa, hanya melihat tak sama

siapa tentera israel?
Pasukan Pertahanan Israel berbeza daripada kebanyakan angkatan tentera di dunia di dalam banyak perkara, termasuklah kerahan tenaga wanita, struktur, dengan hubungan rapat di antara tentera darat, laut dan udara.
Semenjak penubuhannya, mereka telah berusaha untuk menjadi satu pasukan tentera yang unik bersesuaian dengan keperluan khusus Israel, dan sudah membangunkan banyak teknologi tempatan, seperti kereta kebal utama jenis Merkava, submesingan Uzi, dan senapang serangan jenis Galil dan Tavor.
Ia juga mempunyai hubungan ketenteraan dengan Amerika Syarikat yang rapat,
termasuklah bantuan kewangan daripada AS, yang juga memelihara kerjasama pembangunan,
seperti jet F-15I , sistem pertahanan laser jenis THEL, sistem pertahanan Arrow missile.

Jerman telah bangkit daripada negara yang tewas dalam perang (Perang Dunia Pertama) sehingga menjadi suatu kuasa ketenteraan yang digeruni.
Pada masa yang sama, bangkit juga politik perkauman atau rasis yang mengagungkan bangsa Aryan dan menghina ras lain, terutamanya orang-orang Yahudi yang telah "dikumpulkan dan dibunuh secara terancang di beberapa buah kem tahanan".
Jerman Nazi akhirnya tenggelam apabila ditewaskan oleh tentera Berikat dan Soviet. Kerana itu, Jerman telah terbahagi kepada dua blok:
Republik Konfederasi Jerman di barat (yang berfahaman kapitalis) dan
Republik Demokratik Jerman di sebelah timur (yang berfahaman komunis-sosialis )

itu wikipedia tulis, fakta.

tapi cucu cicit cuit keturunan yahudi yang terselamat dari perang dunia kedua refleks(balas) balik kepada rakyat Palestine SEBIJIK mcm jerman nazi buat diorang.
cuba tengok,black and white adalah sejarah(perbuatan jerman nazi pada kaum yahudi), bewarna (israel pada palestin) adalah..hum,ongoing.



tembok dan pagar baikk punya, supaya rakyat palestine terkurung, no mobility.
secara tersirat, menutup mata anak2 yahudi jangan pedulikan palestinians.


















checkpoint dengan niat Palestine tidak perlu kebebasan.
baik pergerakan atau bersuara.
mereka adalah untuk dimalukan.













ibu siapakah ni? terpaksa mencangkung dan hampir melutut.











tangkap dan malukan, tiada beza.



genocide












musnahkan perumahan dan hapuskan ketenteraman dan kekeluargaan palestine












keturunan yahudi dididik 'sayangkan' Palestine.



perlukah ...



bunuh kaum palestine,
cederakan, cacatkan fizikal dan metal
rosakkan kehidupan supaya tiada lagi harapan
tiada zuriat penyambung keturunan,bunuh.

cid:B84E4F60945145918C0DA91349ADFD55@MJ

berdoalah jangan malaysia terjadi mcmni.
kita berhati2, sibuk macamana pun ingatlah pada tiang agama,
sebab dorang bukan saja perang senjata,
tapi perang minda.
kerana nanti...tak terjangkau fikiran saya dimanakah ayah dan mak, suami anak2 dan keturunan kita.

Israel mahukan Palestine sebenarnya.
Pembelaan adalah alasan yang paling paling klise, mereka telah merancang sedari Palestine di tawan oleh islam pada zaman dulu dan yahudi hidup merempat.
Sekarang dah ada Israel, mereka balas dendam pada Iraq (kota babylon) dan selesaikan hutang dulu.

dan dengarnya mereka memerhatikan negara2 islam lain..

p/s: banyak nak share artikel ni, sampai tepu tatau nak start.

Saturday, May 1, 2010

aduhai pening kepala jauhlah ko!

biarpun ini adalah bukan dari agama kita, namun tak salah mencuba,
sebabnya tiada syirik, tiada haram dalam perbuatan, kerana Allah S.W.T telah berjanji,
setiap penyakit datang daripada Allah.
semua penyakit ada penawarnya dgn izin allah.
cuma 1 saja penyakit yang tiada ubatnya, MATI


apatah lagi jika mujarab,
terus aku suka!
sebab aku selalu sakit kepala tiba2.


************************************************************************

kita ada dua lubang hidung, satu kanan satu kiri,
dua2 guna untuk sedut dan lepas nafas.

sebenanya ada sedikit perbezaan, kita boleh rasa cumakadang2 tak sedar,
udahnya banyak lagi keje nak buat melainkan mendengar idung kita inhale and exhale.

cuba masa time sakit kepala, tutup hidung kanan,
guna hidung kiri untuk bernafas.
bagi dalam 5-8 minit,dengan izin Allah hilang kot.



kalu rasa penat, terbalikan proses,tutup idung kiri, bernafaslah ikut hidung kanan pulak.
(tapi lebih baik zikir subhanallah, alhamdulillah,la ilaha ilallah 33x confirm hilang penat)

sebagai alternatif, terapi natural tanpa ubat adalah yang saya cari2.
asyik telan panadol,ponstan aje rosak nanti buah pinggang nak proses ubat.


So, why not give it a try?

Friday, April 30, 2010

surat untuk tok - part 8

tok tau tak aydan sangat-sangat suka menulis dan mewarna(color) sekarang.
ibu emo teringat kisah dia menang peraduan mewarna kat skolah,
dapat free lesson, music class kat terengganu dulu.
she was about standard one ke two gitu kan tok.(first time dan speaking nih)
ke tok lupa gak pasal ni wahahahahah.




dan baru nak start color (conteng sebenornya)
buku gedabak ni ibu beli lamaaa dah tok.
sikalang baru bukak kotak.




ini tom ke jerry?? cuba tok teka.



ishhh, sambil2 tu gigih tengok tom2bak tau!
tetap pujaan dan walaupun dok tanah pulau.




color, color,and color.




color lagi



sampai tertunduk tutup muka



nah! teserlah ke'flowerhorn' dan hehhe (keturunan jendul yatypower)



ibu ajar pegang lain,
tapi dan kan mana leh diajar,
tak macho tok.
janji dan pandai buat sendiri.
janji ber'color'.




penat ahh tok
duduk bawah pulak.



laaa.ada adik ni
lupa dah dan best sangat color.




adikkkkk,
meh color(tapi adik wat dek)



oooo, adik (serius tok, dan dah pandai cakap, ayat penuh lagi kadang2)




takpela, taknak join abang sudah.
abang pun boring dah color2 ni.
meh kita cucuk bontot color ni,
baru aktiviti bertambah



tok tak nak join?




lor, tido rupanya adik ni....
*
*
*
*
*
*


jap je tido,
pastu bangun,
dan meraung kena jentik telinga dengan ibu.

dan ingat marble bilik pun leh color.
ibu kata jangan color dinding aje,
dia tak kata marble sekali...(ayoyyoyoyoyoyoyoyo!)