Showing posts with label soul search series. Show all posts
Showing posts with label soul search series. Show all posts
Wednesday, March 2, 2011
**FASHION TUDUNG TERHANGAT 2011**
Friday, January 7, 2011
berdosakah shopping dihari jumaat?(hari ini 7th jan,jumaat)
* taken from email,tq theme
Dosa Jual Beli Hari Jumaat
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman (klik sini)
Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.
Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9' dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya.
Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.
Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.
PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT
Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita.
Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.
Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.
Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.
Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?
Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah.
Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).
Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.[2]
Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-
المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم
Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)
Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.
Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :
اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني
Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)
BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?
Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?
Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.
Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :
1 : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.
2 : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.
Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.
Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.
KESIMPULAN
Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram pada seorang lelaki hanya apabila:
a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.
c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya.
Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.
Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.
Sekian,
26 Oktober 2009
p/s : ayah2 dan atok2 semua harus mengetahui semua ini, sebarkan. tq from manishatisyaza.
Thursday, December 23, 2010
searching your soul with Rahayu
salam barakah deary,who ever you are.apa khabar hari ini?
sesiapa yang pernah baca nagamerahputih dulu mesti ada terbaca sedikit artikel yang saya kumpulkan dan edit (kalau tak rajin,copy paste saja).artikel yang saya maksudkan adalah artikel yang menceritakan perihal akhirat, kehidupan seharian, pendidikan anak2 dan pelbagai kupasan tajuk2 menarik.
sememangnya mengikut perintah Allah,berlandas dan bersyariatkan Al quran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
lama saya berhenti untuk menterbitkan kembali artikel2 sebegitu walaupun saya banyak sumber2 yahoo group.saya bukan fanatik,tapi saya ingin berkongsi ilmu dengan sesiapa yang singgah disana.
saya gemar membaca balik sebab kita manusia banyak lalai dan leka dalam 8 jam bekerja dan 8 jam berehat (8 jam lagi kan untuk tidur?).
belum tentu dalam tempoh 16 jam hari isnin akan saya ingat pada 16 jam hari selasa.
saya suka artikel2 tersebut kerana membuatkan saya mengagungi Allah S.W.T, menjadikan diri saya lebih pembaca, lebih bertoleransi dan knowledgeable dalam mendidik anak, juga mengingatkan saya pada hari akhirat, kerana dunia adalah SEMENTARA.
saya..seorang pelupa.
saya selalu dibuai keindahan duniawi,
saya perlu ingat,demi ayah & ma,suami,anak2,dan semua muslimin dan muslimat dimuka bumi Allah S.W.T.
saya mahu semua mencari syurga di akhirat.
dan saya mahu sesiapa yang membaca mempunyai niat yang sama.
tapi lama kelamaan dek masa yang sentiasa penuh (walaupun saya homemaker,saya busy tau) dan penat dihujung hari, saya pinggirkan artikel itu termasuk yang terperam didalam draft sekian lama.
17 dec 2010,saya rasa nak terbitkan semula (republish) semua artikel dan menambah artikel2 yang baru, membuak-membuak pulak tu.
kenapa 17 dec 2010?
sebab saya dimaklumkan ......... seorang pensyarah di Multimedia University Melaka,
sekarang sedang meneruskan pengajian PHD selepas MBA,
seorang trainer dalam entrepreneurial behavior,personal development dan survival skills.
orang yang sama juga telah menulis sebuah buku "Why I Skipped Class"-2009.
ADA masa untuk berkongsi ilmu, saya quote penulisannya LEARN, UNLEARN, RELEARN.
click here and you please read more to understand her intention of creating SYS.
jadi, jam ini ..saya umumkan saya akan buat satu link pages untuk artikel2 yang pernah saya keluarkan dan juga saya akan mencari topik2 hangat dipasaran,
puas saya mencari nama sebelum ini untuk diletakkan sebagai tajuk utama artikel2 tersebut.
bila saja saya terbaca
" This blog is to share with you the ways on how each and one of us, especially Muslims, get to search our inner souls…our inner self, to achieve what God, the All-Mighty wants us all to achieve…to be with Him , next to our dearest Prophet Muhammad (pbuh) forever…in His heavens that He has created for us."
jadi saya namakan sebagai
"Soul Search Series", supaya dapat dijadikan rujukan bagi yang dahagakan ilmu dan mencari jannah.
insyaallah.
Link tersebut ada disebelah kanan, item ke 3 dari atas.
p/s : harap penulis blog itu tak marah la,takut juga dikatakan copy cat :(
Subscribe to:
Posts (Atom)

